Ciri - ciri pelajar cemerlang


  • Sentiasa yakin pada diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
  • Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
  • Memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pelajaran guru.
  • Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan.
  • Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang benntuk peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kemanterian.
  • Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
  • Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment