Faedah belajar secara berkumpulan

Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka. Ada yang suka belajar di perpustakaan, di rumah dan juga yang suka belajar secara bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid sekolah pada masa sekarang ialah belajar dalam kumpulan.

Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama.

Selain itu, dengan belajar secara berkumpulan, ahli kumpulan tersebut haruslah mempunyai adab dan disiplin yang tinggi. Seperti, yang saya katakan, setiap orang akan mempunyai pandangan yang berlainan.

Kita juga boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan.

Tambahan pula, belajar dalam kumpulan juga boleh mengurangkan perbelanjaan. Ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumplan pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yangboleh dikongsi bersama untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah-payah dan membazir duit untuk buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli kumpulan.

No comments:

Post a Comment