KEPETINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA


Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap para pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang baik, tetapi ianya tidak dapat membentuk insanyang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.

Sebagai seorang yang insan, Tuhan telah menghuraikan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa - apa rangsangan dengannya.

Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, maa yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya meluhat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya. Seorang kanak - kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seorang individu itu dengan cepat.


No comments:

Post a Comment