Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumatdan komunikasi amat mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan komuikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan, daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat dari internet.

Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu mempercepatkan kerja kita. Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet. Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku - buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah in hanya memakan masa mereka. Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk dirumah, di hadapan komputer mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka.

  Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menefon mereka.



No comments:

Post a Comment